Monday, December 05, 2011

Antara Keperluan dan Kehendak

Saya masih ingat pada pertengahan tahun 2008, saya memulakan fasa menyimpan yang radikal. Waktu itu, bermula lebih kurang bulan Julai atau mungkin Ogos, saya mula menyimpan duit dengan cara yang sangat radikal.

Radikal dengan maksud, makan hanya satu hari sekali, tiada makanan yang mewah-mewah seperti Nando's, Secret Recipe atau yang seangkatan dengannya, kecuali sebulan sekali. Tiada baju-baju baru untuk dibeli. Dan semua perbelanjaan yang lain adalah perbelanjaan asas sahaja. Sehingga ke satu tahap, sanggup saya berjalan sejauh 2-3 kilometer untuk mengelak membayar tambang bas sebanyak RM1. Di pertengahan waktu itu juga, dalam bulan November tahun yang sama, saya mula menyewa di kawasan Lembah Pantai, sebuah bilik dikongsi tiga dengan 2 orang pelajar UM waktu itu.

Radikal juga hingga ke tahap, saya betul-betul mematuhi peraturan makan hanya satu kali sehari, dan dibataskan pada RM5 sehari. Mungkin sekali sekala saya akan berbelanja lebih sedikit, tetapi pada kebanyakan hari itulah yang saya belanjakan.

Saya tidak pasti di mana atau apa puncanya menyimpan secara radikal ini terjadi, tetapi saya amat bersyukur saya melakukannya. Saya membiarkan diri saya merasa susah, mengikat perut, dan tidak bermewah-mewah. Elaun yang saya dapat hasil dari menjadi peserta FSTEP waktu itu pada kadar RM2,200 sebulan, yang pada kebanyakan orang dikira agak mewah, tetapi saya berjaya menyimpan secara purata lebih kurang RM1,000 sebulan.

Cuma pada akhir 6 bulan di FSTEP, saya memberi ganjaran kepada diri sendiri dengan membeli jam tangan baru, serta telefon bimbit baru. Saya pasti sekali itu adalah antara hadiah terbaik yang pernah saya beli untuk diri sendiri sebab saya memang tidak pernah punyai jam tangan cantik, sebelum ini jarang sekali saya memakai jam. Kalau pernah dulu pun, ketika di zaman sekolah, hanya jam yang RM10 itu sahaja..

Hasil dari simpanan saya sepanjang FSTEP dan juga sepanjang tempoh menjadi intern di RHB Islamic, jumlah itu saya gunakan sebahagiannya untuk bantu mak abah ketika kami membeli rumah baru di Subang Bestari, dan selebihnya saya gunakan untuk belanja kenduri perkahwinan saya pada tahun 2009.

Apa yang saya cuba tuliskan di sini adalah, sebenarnya kita mampu untuk menyimpan sekiranya kita mahu. Pada saya, tidak susah untuk kita menyimpan, asalkan kita dapat membezakan antara dua perkara, itulah keperluan atau kehendak.

Kebanyakan orang suka memberi alasan - saya tak pandai menyimpan, saya tak cukup duit, gaji saya kecil, saya banyak tanggungan dan lain-lain lagi. Pada saya, di mana pun tahap kita, banyak mana pun gaji kita, pasti sekali kita boleh menyimpan kalau kita mahu.

Apa yang perlu kita buat hanyalah menyemak semula ke mana perginya duit gaji kita setiap bulan, dengan menganalisa perbelanjaan kita, dan bukannya mengambil jalan mudah dengan berkata "Aku pun tak tahu gaji aku habis ke mana tiap-tiap bulan"

Sesetengah orang juga setelah bertambah pengalaman kerja dan sebagainya, pasti akan ada kenaikan gaji. Tetapi, setiap kali gaji bertambah atau bonus melimpah, setiap kali itu jugalah kehendak kita bertambah. Kalau dulu, boleh saja makan yang di tepi jalan, di gerai-gerai, tetapi bila gaji meningkat, tempat makan pun harus yang 5 bintang, tak mahu lagi yang di tepi jalan.

Jujurnya, saya mahu membantu ahli keluarga dan kawan-kawan untuk belajar merancang kewangan dengan lebih baik, tetapi saya tidak tahu bagaimana. Saya pun masih bertatih menjaga kewangan sendiri, tetapi saya sedang cuba melakukannya perlahan-lahan.

Paling kurang yang boleh kita mulakan, ialah dengan menabung. Biar sedikit asalkan ada, dan biarkan sekarang walaupun mungkin lewat bagi sesetengah orang. Jika tidak kita mulakan sekarang, bila lagi agaknya? Marilah kita menyimpan demi masa depan =)

9 comments:

Ummu Auni said...

You're right. Hendak seribu daya kan? Akak pun pernah macam awak, and I can save alot. Dulu memula kerja, baru gaji RM 1100. tolak EPF semua, baru RM 900++. I really saved. Sekarang pun. I made a commitment to save in Tabung Haji, and I splurged once in a while. Kelemahan akak adalah buku, huhuhu

Azila said...

Oh...sebab tu akak cepat pergi haji! Hehe..

Doakan kami pula ye kak insya Allah...

Husband saya expected 2014, tapi saya baru je register so saya dapat 2041! Huhu...

lan said...

I was a good saver too but become better once we're together in this mission of savings :)

Ummu Auni said...

Akak pergi under muassasah.

Awak kena cukupkan duit dalam TH (itu tip doktor akak di Tawakal yang kerap jadi doktor bersama TH). Then, buat surat rayuan & hantar pada TH. Selalunya last minute, ada rezeki, insya Allah dapat. Akak akhir bulan puasa baru tahu sebab ada kuota tambahan TH dapat (selalunya ada negara lain tolak). Memang tak sangka sebab makxik nak pergi dengan muassasah.

Itulah roh kita dah dipanggil untuk kerjakan haji di alam roh lagi. Nangis akak masa pergi tu. Kami antara flight terakhir yang pergi dan hampir semua pun sebab merayu. My roommates dua minggu sebelum bertolak, TH beritahu dapat. So, have to be mentally prepared :)

Azila said...

Kak, katakan lah kami dah cukup duit dlm TH, adakah nama kami akan straight naik dari 2014 dan 2041 kepada say tahun 2012 or 2013?

Macam mana saya nak check and tanya ya?

Website TH sangat-sangat tidak membantu huhuhuhu...

Ummu Auni said...

Oh tidak, nama awak takkan straight naik walaupun duit cukup. azila kan baru register, TH tak akan perasan yang azila sekali dengan hafiz. kena buat surat rayuan, kalau boleh buat sekali mentioning that you're husband & wife. dah cukup duit etc.

sebenarnya yang dipanggil awal tu, yang insya Allah dah mentally prepared. yang stok terakhir macam akak ni, bebetul last minute.

kerajaan Arab Saudi bagi kuota pada TH kalau ada negara yang pulangkan kuota mereka. setiap negara dapat 0.1% kuota dari penduduk negara tersebut. kalau macam malaysia dapat 25,000 sebab penduduk kita 25 million (estimated). Kalau indonesia lagi banyak tapi selalunya indonesia akan pulangkan kuota dia pada arab saudi, maknanya contohnya penduduk dia 100 juta, 0.1% pun, dah 100,000 dapat pergi. katakan indonesia pakai 70,000 je, 30,000 dia pulangkan pada arab saudi. yang tu arab saudi akan distribute balik. kuota tambahan tu yang TH selalu dapat last minute selalunya dalam bulan puasa. akak masuk kuota tambahan tu la.

i advised you to go early. muassasah pun meningkat setiap tahun kosnya. masa akak pergi tahun 2009, RM 10,000. my friend did her hajj in 2008, RM 9,000. sekarang mesti dah makin naik.

hajj is such an uplifting and blissful journey. i had a good cry there. Alhamdulillah, Allah beri peluang untuk akak pergi haji walaupun 'bersendirian' :)

Ummu Auni said...

ops azila, TH di Maju Junction ada kaunter untuk haji, boleh tanya sana. they're really helpful

Azila said...

Oh kak! Terima kasih banyak atas perkongsian. Tak tersedar pula saya akan hakikat bahawa TH tiada maklumat yang kami berdua suami isteri hehehe...

Insya Allah I'll use your notes here and then go and visit TH at Maju Junction one of these days during lunch time.

Mana tahu, ada rezeki kami utk tahun depan, boleh kami persiapkan diri dan mental dgn lebih awal =)

And I'm sure you must be longing to go again kan kak?

Ummu Auni said...

Of course I miss the Haramain!

website traffic stats