Saturday, March 07, 2009

Friendship

I want to dedicate this entry to a special friend of mine..





Pertama kali kami berjumpa, saya pun tak ingat sangat apa yang berlaku. Yang saya tahu waktu itu, saya sebagai AJK MSA di Soton, bertugas untuk menjemput pelajar baru yang datang. Di situ saya semakin kenal dia. Tapi, kami banyak berhubung dengan YM walaupun sebenarnya kami duduk sangat dekat. Awal dulu, dia banyak tanya tentang survival di uni, jadi hubungan hanya setakat itu sajalah. Tapi saya dapat rasa yang ada sesuatu yang menarik dan istimewa tentang persahabatan kami. Dan saya tahu dia seorang yang sangat baik.





Dia tak pernah menolak kalau kita meminta pertolongan. Itu saya pasti semua orang sangat setuju. Dan dia juga seorang pendengar yang baik. Masa pun berlalu, dan akhirnya kami menjadi housemate. Dulu, saya kononnya sebagai seorang kakak yang menjadi tempat rujukan.





Tapi dengan dia, saya pula yang selalu mengadu masalah dan dia selalu sudi mendengar. Walaupun dia lebih muda dari saya, tiada halangan pada saya untuk menceritakan isu yang saya hadapi. Malah mungkin, hingga ke perkara yang setengah orang takkan mengaku pada orang yang lebih muda darinya. Tapi dia buat saya selesa untuk bercakap dengan dia.





Masa kami duduk serumah, malam-malam kadang-kadang saya akan kacau dia dengan masalah saya. Dan dia pun bercerita masalah dia pada saya. Jujurnya, saya sangat bangga dapat bersahabat dengan dia. Saya sangat bangga dapat menjadi orang yang rapat dan tahu kisah-kisah peribadi dia.





Walaupun saya pun tahu dia ada kawan-kawan lain yang dia selalu bersama dengan, saya rasa kami adalah sahabat yang kami akan cari bila kami dalam kesusahan atau kebuntuan. Sebab kami pasti, yang kedua-dua kami akan sanggup untuk meluangkan masa walau sedikit untuk mendengar masalah yang dihadapi oleh salah seorang dari kami.





Sesetengah orang yang dahulunya kawan baik saya, atau dahulunya menjadi orang yang paling rapat dengan saya, tak mampu untuk memberikan apa yang sahabat saya ini berikan. Walaupun saya dengan sahabat ini sebenarnya jarang sekali meluangkan masa berdua untuk ke mana-mana melainkan atas urusan rasmi, tetapi dia antara sahabat yang kekal bersama saya hingga ke hari ini.





Bercerita masalah dengan dia, merupakan antara perkara yang paling bahagia pada saya. Sebab dia sentiasa ada jawapan untuk saya. Atau pun ada ketikanya, saya hanya perlu seseorang untuk sekadar mendengar, dia tetap sudi untuk buat sekadar itu. Walau sesibuk mana.





Di pandangan mata orang mungkin, kami tidak nampak rapat. Tapi, saya tahu dan saya bangga untuk mengaku bahawa, dia adalah antara orang yang paling memahami dan paling banyak membantu saya dalam masalah saya. Dan saya juga tahu dan saya juga bangga untuk mengaku bahawa, saya juga adalah antara orang yang paling memahami dan paling banyak mendengar masalah dia, walaupun hakikatnya dia ada banyak kawan lain di samping dia berbanding saya yang jauh di sini.





Dan saya berdoa, semoga persahabatan kami ini akan kekal hingga ke syurga.....











Taken on 16th July 2008 - on my graduation day - with Nur Khadijah Johari aka Adi!


Kepada sahabat saya Adi yang di kejauhan, ingat ye semalam!


Feel the fear and do it anyway!! Hahahaha!!

3 comments:

lelucon said...

ya, susah nak dapat sahabat. Kawan ramai... :)

nur khadijah said...

:) k azila, terharu!

alqasam said...

Oh, semoga dalam peliharaan Allah selalu kasihsayang kalian berdua.

website traffic stats